Sunday, November 14, 2010

BUAT DUIT ONLINE

       APABILA KITA MENYEBUT BUAT DUIT ONLINE, SEBENARNYA. RAMAI YANG CUBA MEMPERGUNAKAN PERKATAAN BUAT DUIT ONLINE NI. RAMAI JUGA YANG TERTIPU OLEH ANASIR2 YANG BERLINDUNG DISEBALIK BUAT DUIT ONLINE KONON2 BUAT DUIT ONLINE. KORANG TAK SEDAR HANYA NAK SEDUT DUIT KORANG JER.. JADI KEPADA ORANG BARU DALAM BISNES ONLINE NIH.. HATI2 MEMILIH PROGRAM BUAT DUIT ONLINE. JANGAN SAMPAI TERTIPU OLEH PENYANGAK-PENYAGAK YANG CUBA MEMANIPULASIKAN PERKATAAN "BUAT DUIT ONLINE"

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku. Post kali ni aku nak kongsikan satu program buat duit online yang agak menarik dan mudah. Modal pun rm10 hinggit je... dan korang tak payah buat loan bank rakyat atau pening-pening nak upah orang buat website semua dah disediakan.

Kat sini aku dah sediakan susun atur perjalanan program ni secara ringkas.

1. Anda membuat pendaftaran dan seterusnya akan membuat pembayaran kepada penaja anda. Siapa penaja anda? Penaja anda adalah individu atau ahli yang sudah berdaftar lalu melakukan promosi website ini melalui link url mereka. Anda telah lihat iklan tersebut lalu melayari link mereka yakni website ini..Maka merekalah yang dipanggil penaja..

2. Setelah anda membuat pendaftaran dan melakukan pembayaran, sila hantar butiran pembayaran (SMS) mengikut format berikut:

GANDA10/USER ID/BANK YG DIGUNAKAN UNTUK TRANSFER/MASA/TARIKH/USER ID PENAJA.

dan hantar kepada penaja anda.

3. Kenapa perlu dihantar kepada penaja?
Kerana penaja anda yang menerima duit, bukannya pihak admin. Jadi, setelah penaja anda mengesahkan pembayaran tersebut betul, butiran-butiran tersebut akan dihantar pula kepada admin untuk mengaktifkan keahlian anda.

4. Selepas itu anda akan menerima url web atau lebih tepat website replika anda sendiri. Contohnya seperti ini: www.ganda10.com/?id=anda dan itu lah link untuk anda promosi JIKA anda berminat untuk menjadi reseller..Sepertimana penaja anda, anda juga akan menggunakan link tersebut untuk mendapatkan jualan. Segala pembayaran yang dibuat pelanggan adalah TERUS KE AKAUN ANDA dan BUKANNYA AKAUN ADMIN..Jadi, risiko untuk anda ditipu adalah 0% sama sekali..

Berminat nak mencuba..? Daftar disini dan bertindak hari ini juga... Selamat membuat duit online


p/s maklumat untuk hubungi aku dan no akaun untuk pengaktifan semua ada dalam website yg diberikan....ok

Thursday, October 28, 2010

Disebalik tirai besi the siries


Orang kuat disebalik drama Disebalik Tirai Besi


KISAH kehidupan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara ketika berdepan pelbagai masalah termasuk yang dicetuskan banduan adalah paparan menarik dalam drama bersiri, Di Sebalik Tirai Besi terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd. Drama bersiri 13 episod arahan Jamal Khan ini diterajui Zizan Nin, Nasir Bilal Khan dan Sheera Iskandar. 

Zizan yang membawa watak sebagai Koperal Daniel berkata, ini julung kalinya dia diberi peluang beraksi dalam cerita sedemikian.“Saya tertarik dengan jalan cerita ini kerana ia membabitkan anggota pakaian seragam yang juga kakitangan penjara. Saya berharap masyarakat di luar sana membuang persepsi negatif mengenai penjara yang dianggap sebagai tempat menakutkan, sebaliknya lebih sebagai pusat pemulihan mereka yang tersasar dari landasannya,” katanya.

Zizan berkata, dia juga buat kajian mendalam mengenai watak Daniel itu terlebih dulu. 

“Daniel berasal dari Sabah dan saya perlu bercakap dialog Sabah dalam cerita ini. Secara kebetulan, saya juga ada kawan baik berasal dari Sabah yang sedikit sebanyak membantu saya. 

“Dari segi jalan cerita, Daniel berhasrat ditukarkan ke Semenanjung Malaysia untuk menjejaki siapakah ayahnya. Menerusi gambaran yang diberikan ibunya, Daniel percaya Hashim (Nasir Bilal Khan) ayah kandungnya yang dicari-cari selama ini,” katanya. 

Bercerita pengalamannya ketika penggambaran cerita itu, Zizan berkata, dia berpeluang tinggal bersama banduan di Penjara Bentong, Pahang. 

“Saya juga dapat makan dan menunaikan solat bersama banduan di penjara di situ. Penggambaran filem ini membabitkan 80 peratus di Penjara Bentong dan hanya sebahagian kecil di Penjara Kajang. 

“Saya tidak takut bergaul dengan banduan itu kerana saya percaya semua manusia sama saja di sisi Tuhan. Yang beza hanya amalan masing-masing. 

“Ada juga mereka yang jadi banduan kerana dianiaya. Pada sepanjang masa kami dikawal ketat sepanjang penggambaran di penjara itu. Pihak penjara juga memberi kerjasama yang cukup baik. 

“Selain itu, ada peminat saya di kalangan banduan kerana ketika kami jayakan penggambaran di sana, ada banduan yang menjerit nama saya hingga kami terpaksa buat penggambaran sekali lagi,” katanya tertawa kecil. 

Kata Zizan, apa yang menarik, cerita itu juga menyelitkan elemen percintaan di antara Koperal Daniel dan Inspektor Izzatie (Sheera Iskandar). 

“Ia juga kali pertama saya digandingkan dengan Sheera dalam drama. Kami tiada masalah untuk mencari keserasian,” katanya. 

Pelakon Muzikal Tun Mahathir ini berkata, dia juga sudah beberapa kali bekerja dengan pengarah Jamal Khan. 

“Antara karyanya yang saya suka adalah drama Ros Anita. Ini kali ketiga, saya bekerja dengan Nasir dan sebelum ini, kami pernah bekerja dalam drama bersiri seram, Saka. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu. 

“Dia memang datang awal di lokasi dan ketika menunggu pelakon lain, dia akan membaca surat khabar dan menurunkan ilmu lakonan kepada pelakon. Pelakon baru perlu mencontohi komitmen pelakon ‘senior’ sepertinya,” katanya. 

Zizan ditemui selepas majlis pelancaran drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Penjara Kajang, baru-baru ini. 

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. 

Hadir sama, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. 

Jamal pula berkata, penulis skrip cerita itu, Mazlan Manan juga buat kajian di penjara sebelum tampil dengan Di Sebalik Tirai Besi. 

“Cabaran pertama ialah saya tidak boleh bayangkan bagaimana untuk buat cerita ini. Sepanjang tiga tahun mengarah, ia karya saya yang paling berat. 

“Saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang diberikan semua pelakon dalam cerita ini kerana masing-masing beri komitmen terbaik. 

“Semua pelakon dipilih produksi dan hanya pelakon Raissudin Hamzah yang saya putuskan untuk bawa watak banduan akhir. 

“Pihak kami tampilkan pelakon komersial dan elemen percintaan dalam cerita ini sebagai tarikan. 

Tambahnya lagi, pihaknya juga mendapat kerjasama yang baik dari pihak penjara, sekali gus memudahkan lagi proses penggambaran filem itu. 

Barisan pelakon yang turut menjayakan cerita ini ialah Haryanto Hassan, Adam Corrie, Melissa Saila, Fauziah Nawi, Liza Shadan, Khairil Anuar, Tony Eusoff, Kenji Sawahi, Jesse Lim, Janet Khoo dan Raissudin Hamzah. 

Drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi akan menemui penonton saluran TV2 bermula 18 Oktober.
 

p/s sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam kehidupan di penjara aku tengok cerita ni hanya mewakili 10% dari kehidupan sebenar didalam penjara tapi bagi yang tak pernah masuk penjara  eloklah tonton cerita ni.dapat lah juga merasa kehidupan kat dalam penjara .


sumber hmetro online.