Sunday, November 14, 2010

BUAT DUIT ONLINE

       APABILA KITA MENYEBUT BUAT DUIT ONLINE, SEBENARNYA. RAMAI YANG CUBA MEMPERGUNAKAN PERKATAAN BUAT DUIT ONLINE NI. RAMAI JUGA YANG TERTIPU OLEH ANASIR2 YANG BERLINDUNG DISEBALIK BUAT DUIT ONLINE KONON2 BUAT DUIT ONLINE. KORANG TAK SEDAR HANYA NAK SEDUT DUIT KORANG JER.. JADI KEPADA ORANG BARU DALAM BISNES ONLINE NIH.. HATI2 MEMILIH PROGRAM BUAT DUIT ONLINE. JANGAN SAMPAI TERTIPU OLEH PENYANGAK-PENYAGAK YANG CUBA MEMANIPULASIKAN PERKATAAN "BUAT DUIT ONLINE"

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku. Post kali ni aku nak kongsikan satu program buat duit online yang agak menarik dan mudah. Modal pun rm10 hinggit je... dan korang tak payah buat loan bank rakyat atau pening-pening nak upah orang buat website semua dah disediakan.

Kat sini aku dah sediakan susun atur perjalanan program ni secara ringkas.

1. Anda membuat pendaftaran dan seterusnya akan membuat pembayaran kepada penaja anda. Siapa penaja anda? Penaja anda adalah individu atau ahli yang sudah berdaftar lalu melakukan promosi website ini melalui link url mereka. Anda telah lihat iklan tersebut lalu melayari link mereka yakni website ini..Maka merekalah yang dipanggil penaja..

2. Setelah anda membuat pendaftaran dan melakukan pembayaran, sila hantar butiran pembayaran (SMS) mengikut format berikut:

GANDA10/USER ID/BANK YG DIGUNAKAN UNTUK TRANSFER/MASA/TARIKH/USER ID PENAJA.

dan hantar kepada penaja anda.

3. Kenapa perlu dihantar kepada penaja?
Kerana penaja anda yang menerima duit, bukannya pihak admin. Jadi, setelah penaja anda mengesahkan pembayaran tersebut betul, butiran-butiran tersebut akan dihantar pula kepada admin untuk mengaktifkan keahlian anda.

4. Selepas itu anda akan menerima url web atau lebih tepat website replika anda sendiri. Contohnya seperti ini: www.ganda10.com/?id=anda dan itu lah link untuk anda promosi JIKA anda berminat untuk menjadi reseller..Sepertimana penaja anda, anda juga akan menggunakan link tersebut untuk mendapatkan jualan. Segala pembayaran yang dibuat pelanggan adalah TERUS KE AKAUN ANDA dan BUKANNYA AKAUN ADMIN..Jadi, risiko untuk anda ditipu adalah 0% sama sekali..

Berminat nak mencuba..? Daftar disini dan bertindak hari ini juga... Selamat membuat duit online


p/s maklumat untuk hubungi aku dan no akaun untuk pengaktifan semua ada dalam website yg diberikan....ok

Thursday, October 28, 2010

Disebalik tirai besi the siries


Orang kuat disebalik drama Disebalik Tirai Besi


KISAH kehidupan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara ketika berdepan pelbagai masalah termasuk yang dicetuskan banduan adalah paparan menarik dalam drama bersiri, Di Sebalik Tirai Besi terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd. Drama bersiri 13 episod arahan Jamal Khan ini diterajui Zizan Nin, Nasir Bilal Khan dan Sheera Iskandar. 

Zizan yang membawa watak sebagai Koperal Daniel berkata, ini julung kalinya dia diberi peluang beraksi dalam cerita sedemikian.“Saya tertarik dengan jalan cerita ini kerana ia membabitkan anggota pakaian seragam yang juga kakitangan penjara. Saya berharap masyarakat di luar sana membuang persepsi negatif mengenai penjara yang dianggap sebagai tempat menakutkan, sebaliknya lebih sebagai pusat pemulihan mereka yang tersasar dari landasannya,” katanya.

Zizan berkata, dia juga buat kajian mendalam mengenai watak Daniel itu terlebih dulu. 

“Daniel berasal dari Sabah dan saya perlu bercakap dialog Sabah dalam cerita ini. Secara kebetulan, saya juga ada kawan baik berasal dari Sabah yang sedikit sebanyak membantu saya. 

“Dari segi jalan cerita, Daniel berhasrat ditukarkan ke Semenanjung Malaysia untuk menjejaki siapakah ayahnya. Menerusi gambaran yang diberikan ibunya, Daniel percaya Hashim (Nasir Bilal Khan) ayah kandungnya yang dicari-cari selama ini,” katanya. 

Bercerita pengalamannya ketika penggambaran cerita itu, Zizan berkata, dia berpeluang tinggal bersama banduan di Penjara Bentong, Pahang. 

“Saya juga dapat makan dan menunaikan solat bersama banduan di penjara di situ. Penggambaran filem ini membabitkan 80 peratus di Penjara Bentong dan hanya sebahagian kecil di Penjara Kajang. 

“Saya tidak takut bergaul dengan banduan itu kerana saya percaya semua manusia sama saja di sisi Tuhan. Yang beza hanya amalan masing-masing. 

“Ada juga mereka yang jadi banduan kerana dianiaya. Pada sepanjang masa kami dikawal ketat sepanjang penggambaran di penjara itu. Pihak penjara juga memberi kerjasama yang cukup baik. 

“Selain itu, ada peminat saya di kalangan banduan kerana ketika kami jayakan penggambaran di sana, ada banduan yang menjerit nama saya hingga kami terpaksa buat penggambaran sekali lagi,” katanya tertawa kecil. 

Kata Zizan, apa yang menarik, cerita itu juga menyelitkan elemen percintaan di antara Koperal Daniel dan Inspektor Izzatie (Sheera Iskandar). 

“Ia juga kali pertama saya digandingkan dengan Sheera dalam drama. Kami tiada masalah untuk mencari keserasian,” katanya. 

Pelakon Muzikal Tun Mahathir ini berkata, dia juga sudah beberapa kali bekerja dengan pengarah Jamal Khan. 

“Antara karyanya yang saya suka adalah drama Ros Anita. Ini kali ketiga, saya bekerja dengan Nasir dan sebelum ini, kami pernah bekerja dalam drama bersiri seram, Saka. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu. 

“Dia memang datang awal di lokasi dan ketika menunggu pelakon lain, dia akan membaca surat khabar dan menurunkan ilmu lakonan kepada pelakon. Pelakon baru perlu mencontohi komitmen pelakon ‘senior’ sepertinya,” katanya. 

Zizan ditemui selepas majlis pelancaran drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Penjara Kajang, baru-baru ini. 

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. 

Hadir sama, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. 

Jamal pula berkata, penulis skrip cerita itu, Mazlan Manan juga buat kajian di penjara sebelum tampil dengan Di Sebalik Tirai Besi. 

“Cabaran pertama ialah saya tidak boleh bayangkan bagaimana untuk buat cerita ini. Sepanjang tiga tahun mengarah, ia karya saya yang paling berat. 

“Saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang diberikan semua pelakon dalam cerita ini kerana masing-masing beri komitmen terbaik. 

“Semua pelakon dipilih produksi dan hanya pelakon Raissudin Hamzah yang saya putuskan untuk bawa watak banduan akhir. 

“Pihak kami tampilkan pelakon komersial dan elemen percintaan dalam cerita ini sebagai tarikan. 

Tambahnya lagi, pihaknya juga mendapat kerjasama yang baik dari pihak penjara, sekali gus memudahkan lagi proses penggambaran filem itu. 

Barisan pelakon yang turut menjayakan cerita ini ialah Haryanto Hassan, Adam Corrie, Melissa Saila, Fauziah Nawi, Liza Shadan, Khairil Anuar, Tony Eusoff, Kenji Sawahi, Jesse Lim, Janet Khoo dan Raissudin Hamzah. 

Drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi akan menemui penonton saluran TV2 bermula 18 Oktober.
 

p/s sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam kehidupan di penjara aku tengok cerita ni hanya mewakili 10% dari kehidupan sebenar didalam penjara tapi bagi yang tak pernah masuk penjara  eloklah tonton cerita ni.dapat lah juga merasa kehidupan kat dalam penjara .


sumber hmetro online. 

Thursday, April 8, 2010

Tutorial mylook

MyLook.com ialah sebuah enjin carian baru yang menawarkan saham percuma kepada ahli-ahli yang mendaftar dan melakukan carian menggunakan MyLook.com. Pendaftaran dan keahlian adalah percuma.



Tawaran ini mungkin hanya sah pada peringkat awal pelancaran MyLook.com dan MyLook.com berhak menarik balik tawaran ini di masa hadapan. Bagaimana pun, semua unit saham yang telah anda kumpul akan terus menjadi milik anda dan mendatangkan pulangan bulanan.

Setiap unit saham MyLook.com bernilai 22 cents (USD) buat masa sekarang. Setiap unit saham akan memberikan pendapatan bulanan kepada anda dalam bentuk dividen bulanan.

Sertai MyLook.com sekarang dan dapatkan:

-> 5 unit saham percuma setiap hari (maksima) sekiranya anda melakukan 5 carian menggunakan MyLook.com pada hari tersebut.
-> 5 unit saham percuma untuk setiap ahli yang anda kenalkan (tiada had).
-> Insentif 20% dari jumlah saham terkumpul ahli-ahli yang anda kenalkan dan 20% dari pendapatan bulanan mereka (tiada had).

Anda tidak perlu memperkenalkan peluang ini kepada sesiapa pun untuk menerima bayaran dari MyLook.com tetapi jumlah saham yang dapat anda kumpul adalah terhad kepada $0.22 x 5 = $1.10 sahaja setiap hari.

Tetapi sekiranya anda ingin mendapat pendapatan bulanan secara pasif dan percuma untuk jangkamasa panjang, anda boleh memperkenalkan rakan-rakan dan anda akan mendapat lebih banyak saham percuma pulangan yang berlipat-ganda.

Jadi.. kepada yang belum join lagi...klik laman berikut untuk mendaftar

DAFTAR PERCUMA !!! Enjin carian sama seperti yahoo atau google, dapat duit dan anda x rugi satu sen pun.


Monday, March 8, 2010

ALASAN MASUK PENJARA

Alasan masuk penjara

 

Seorang tahanan baru memasuki selnya.

tahanan lama: "hoi...kenapa kamu dimasukkan ke penjara?" 
tahanan baru: " Aku cuma merosakkan tingkap di tempat kerjaku" 
tahanan lama: " hah..!? cuma rosakkan tingkap?
kerja kat mana.?" 
tahanan baru: " Kapal selam"
Banyak alasan yang masuk dalam jel ni.sambil aku eskot banduan angkat barang nak balik blok  dadah.Kepala otak berfikir kenapa semakin ramai yang masuk dan sentiasa berulang-ulang.Nak salahkan siapa ye.sambil jalan aku tanya banduan dah berapa kali masuk.
dia cakap 3 kali.
"kenapa apa masalah duduk kat luar."
"susah cikgu banyak sangat masalah.
"ok...macamni apakata hang senaraikan apa masalah yang membuatkan kebanyakan banduan ni sentiasa ulang -alik penjara.
bagi saya 2 jam nak buat servey kat banduan boleh cikgu.
"ok beres pastikan survey hang padat dan lengkap.(macam buat karangan sekolah je.)
keputusan survey alasan kenapa masuk penjara(tak mengikut rangking)


1.makan free /ada tempat tinggal
Bukanlah semua tapi kebanyakkan mat pet ni tidur pun tak tentu hala.asal boleh landing .Bila duduk dalam penjara semua dah tersedia.siap bagi tilam walaupun nipis ok ler dari pakai kotak.makan ikut  time.kalau kat luar belum tentu lagi.tah-tah makan pun miss soru.
2.keluarga dah buang/orang kampung tak terima.
Asal balik je mesti ada barang barang yang hilang.Orang kampung pun dah tak aman.selalu ada kes pecah rumah. ayam itik tak payah cakap asyik hilang kena kidnap.
3.Kes Naya 
Kata beli motor kat kawan.Dah tau beli murah mesti ada yang tak kena.sekali kantoi beli motor curi.Masuk dalam bila tanya kata kes naya.motor ex5 rm 600 logik ke,naya je.
4.kali pertama masuk?Pertama kali kantoi.
Muka pun bersih je.Sekali pandang naif sangat tengok. kalau silap hari bulan ini lah pelapis yang akan jadi penyangak besar.
5.Tak tahan godaan/dadah
Bila duduk luar pengaruh kawan -kawan dan dadah sangat kuat.Gian memanjang.


6.Cuci Tangan


Mungkin ada yang tak faham apa maksud cuci tangan.Macam ni.Ada sesetengah kes yang masih dalam siasatan dan polis tak dapat cari pesalah berkenaan.kira wanted lah,nak buat apa pun tak boleh pasal no ic dah ada dalam rekod polis.Jalan penyelesaian pergi balai polis serah diri.dan jalani hukuman biasanya kes kecil lah.kalau kes rompak atau bunuh taklah nak serah diri.dah tentu kena bertahun-tahun.

Inilah antara keputusan survey kalau ada lagi nanti aku tambah.

Wednesday, February 24, 2010

MELAYU BERTATOO

Kata orang yang bijak pandai, kalau kita nampak sesuatu yang tidak baik, kita harus menegahnya. Kalau kita tidak mampu melakukannya, kita harus menegurnya. Kalau kita tidak mampu juga melakukannya, kita harus mencegahnya dalam hati.

Satu hari tu aku sembang bab tatoo dengan beberapa banduan.Sambil rancak sembang  jenis jenis tatoo tetiba banduan ni cakap dia pun ada satu tatoo kat lengan.sambil sembang dia pun selak ler lengan baju dan dengan selamba tunjuk tatoo dia kat aku.aku yang tengah rancak sembang ni terkedu terus tak tau nak cakap apa masa tu.Tarik nafas dalam-dalam.Aku tenung muka mamat ni..Memang sah budak melayu dah memang melayu agama pun islam lah.aku pun tanya najib mana hang buat tatoo ni.dia cakap kat penjara.Hang tau ke lambang apa ni.dia senyap je.Aku tarik tangan dia bawa pegi jumpa incharge blok aku apa lagi semua pun ramai -ramai kasi ceramah kat mamat ni.inilah lambang yang mamat ni lukis kat lengan dia.


Fenomena melayu bertatoo dalam penjara dah jadi macam satu trend.Biasanya kalau waktu masuk penjara badan masih bersih lagi.Tapi bila keluar  kat badan dah ada macam-macam lukisan.Mungkin dengan bertatoo menambahkan lagi gaya seorang penjenayah .Atau menambah keyakinan masa nak buat jahat.kalau dilihat dari lukisan yang popular gambar bunga rose dan binatang jadi pilihan utama.sampaikan ada seorang banduan ni di panggil cobra sebab ada tatoo kepala ular yang sangat besar kat dada dia. Bahagian badan  yang menjadi pilihan pula biasanya lengan dan dada .Tak tahulah kalau mak bapak diaorang tengok benda macam ni.Sebab semua dah besar-besar belaka dosa tanggungan masing-masing.



Aku hairan juga macammana dengan segala kekurangan kat dalam penjara tapi masih berjaya buat tatoo.siap ada warna lagi.dan kalau di lihat kerja tangan mereka memang sangat berseni.Satu hakikat yang perlu di terima mereka sangat kreatif.hanya menggunakan jarum atau besi yang diasah menjadi tajam.benang boleh ambik kat baju atau blanket(selimut)lilit benang kat mata jarum yang tajam tu.dakwat pen atau kertas yang dibakar untuk mendapatkan dakwat hitam.dah boleh buat tatoo.Lukis gambar apa yang suka cucuk lah mata jarum ikut lukisan tu.sambil celup dakwat.

Aku bukan nak bagi tutorial buat tatoo tapi inilah caranya kalau dah banggang sangat nak lukis kat badan sendiri.Budak-budak melayu ni pun lukis lah kat badan masing-masing sambil tayang kat kawan-kawan dengan bangganya.kaum cina ,india aku tak kisah sangat diaorang ada yang buat kat kedai masa sebelum masuk penjara lagi.Yang aku kisah kan budak melayu benda ni meresap kat dalam kulit macammana nak ambil wuduk  nak mandi wajib takkan selamanya nak buat jahat je .

Kesimpulannya Islam melaknat orang yang mentatoo dibadannya. Perbuatan itu adalah dari amalan orang yang bukan Islam. Bagi mereka yang telah terlanjur melakukannya perbuatan tatoo pula, banyak-banyaklah memohon ampun kepada Allah. Perlu diingat taubat tidak cukup hanya dengan sekali dua tetapi buatlah selalu sepanjang hayat sebab kita tidak tahu sama ada taubat kita itu diterima atau tidak.









Monday, February 22, 2010

TAYAM UNTUK APA?

Ape itu "TAYAM" ade sape2 ade experience....

Benda nie biasanya dibuat/dilakukan oleh orang yang pernah kena penjara senang cakap sangat popular di penjara ... mereka akan masukkan sejenis benda berbentuk bulat bersaiz telur cicak atau kacang tanah yang diperbuat daripada plastik di bawah lapisan kulit di zakar mereka... 

saiz tayam biasanya kecil sedikit dari saiz kacang tanah

ada juga yang masukkan besi 'bearing'... tetapi benda ni effect kepada kesihatan kerana besi akan berkarat bila dah lama sangat dok kat dalam lapisan kulit ni....

kebiasaanya,kaca ,plastik batang berus gigi yang dibentuk menjadi bulat/lonjong akan digunakan kesannya... zakar akan berbonjol2 dan tujuan utamanya untuk memberi kenikmatan seks  pada wanita...

Pengalaman aku pernah tengok 24 biji tayam di tanam dalam kemaluan seorang banduan berbangsa cina.bila di tanya apa kelebihannya dia pun tak jawab cuma senyum je.ada juga aku buat servey tentang tayam ni kat banduan dan hampir kebanyakkan banduan mempunyai sekurang2 nya sebiji tayam.termasuklah banduan melayu.bila di tanya proses memasukkan bearing atau tayam ni sebenarnya mereka mengambil risiko yang sangat tinggi.tanpa menggunakan antiseptic atau pembunuh kuman lapisan kulit pada zakar akan di belah sedikit bagi memasukkan tayam ini.lapisan kulit ini akan dibiarkan bercantum sendiri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu ada kes tayam yang di buat telah dijangkiti kuman dan menyebabkan zakar menjadi kudis dan tayam terpaksa dikeluarkan semula.

Bagi mereka apalah yang nak dirisaukan hanya sebiji bebola plastik atau kaca yang ditanam dalam zakar untuk memuaskan pasangan mereka.Walaupun ramai juga yang  berstatus bujang.so faham faham je lah mesti buat projek haram.atau panjat rumah ayam.Dari segi hukum dah tentu haram kerana mengubah kejadian tuhan.

 kekadang geram juga aku tengok benda-benda macam ni sampai tersasul panggil taik ayam..TAYAM  kalau di terbalikan jadi MAYAT.Info ini bukan untuk diikut tapi sekadar maklumat untuk anda.

Saturday, February 20, 2010

BUAT DUIT DENGAN PAYPAL

Aku jumpa program ni dari member-member fb juga.aku try lah check website yang diberikan tu.setelah baca dan faham apa yang nak kena buat aku tengok program ni menarik juga.Join pun free jer dan setiap kali ada pendaftaran melalui link anda ,anda akan di bayar $10.Program ni menggunakan sistem affiliate.untuk mendaftar klik sini dan anda  akan nampak page macam ni.
                 

Isi maklumat yang diperlukan dan klik sign up.
 
Bila  dah siap buka email anda dan tengok id dan password yang diberikan simpan baik-baik.jangan bagi hilang.aku biasanya tulis dalam diari password2 penting ni.

Pergi ke website ni www.needearn.com 

klik pada butang login dan masukkan id dan password yang diberikan melalui email tadi.anda akan nampak page macam ni.


lihat pada general affiliate link itu adalah link yang perlu anda promosikan kepada kawan2 anda.disitu juga ada diterangkan apa yang perlu anda buat .baca pada ruangan what to do first.Jika anda skrol ke bawah lagi anda akan melihat ruangan ini.

Dari sini kita boleh check traffic yang datang.berapa klik yang kita terima dan komisyen.Semua komisyen akan dibayar melalui paypal..jadi kena ada satu akaun paypal.klik untuk daftar paypal. dan pastikan akaun itu di verify dulu ye.komisyen yang diterima akan di bayar melalui paypal bila dah mencapai $200 (di bayar dalam $dollar).Memang tak payah keluar modal pun.cuma promosikan link yang diberikan kat  kawan-kawan.apa lagi jom daftar.klik sini 


$10 convert duit malaysia lebih kurang RM35

Thursday, January 28, 2010

kemaskini 2010

Sudah agak lama menyepi dari menulis .Hilang semangat yang membara sejak mula membuat blog ini.cuma beberapa post kemudian mula menyepi..asyik dengan perkara yang tak berfaedah.main games pes 2009 bersama jiran baru aku yang juga kaki games.2009 terlalu banyak liku yang ditempuhi walaupun berjaya juga aku mengharunginya sampai ke hujung namun kekuatan dan ketabahan sangat diperlukan.dari awal tahun dipenuhi dengan kontroversi sehingga lah penghujung tahun masih dihimpit dengan kontroversi.Pelbagai isu dibangkitkan sehingga aku hampir tewas oleh permainan orang yang sangat pandai bermuka-muka.

Kerja masih berjalan seperti biasa masih mengekalkan momentum