Wednesday, February 24, 2010

MELAYU BERTATOO

Kata orang yang bijak pandai, kalau kita nampak sesuatu yang tidak baik, kita harus menegahnya. Kalau kita tidak mampu melakukannya, kita harus menegurnya. Kalau kita tidak mampu juga melakukannya, kita harus mencegahnya dalam hati.

Satu hari tu aku sembang bab tatoo dengan beberapa banduan.Sambil rancak sembang  jenis jenis tatoo tetiba banduan ni cakap dia pun ada satu tatoo kat lengan.sambil sembang dia pun selak ler lengan baju dan dengan selamba tunjuk tatoo dia kat aku.aku yang tengah rancak sembang ni terkedu terus tak tau nak cakap apa masa tu.Tarik nafas dalam-dalam.Aku tenung muka mamat ni..Memang sah budak melayu dah memang melayu agama pun islam lah.aku pun tanya najib mana hang buat tatoo ni.dia cakap kat penjara.Hang tau ke lambang apa ni.dia senyap je.Aku tarik tangan dia bawa pegi jumpa incharge blok aku apa lagi semua pun ramai -ramai kasi ceramah kat mamat ni.inilah lambang yang mamat ni lukis kat lengan dia.


Fenomena melayu bertatoo dalam penjara dah jadi macam satu trend.Biasanya kalau waktu masuk penjara badan masih bersih lagi.Tapi bila keluar  kat badan dah ada macam-macam lukisan.Mungkin dengan bertatoo menambahkan lagi gaya seorang penjenayah .Atau menambah keyakinan masa nak buat jahat.kalau dilihat dari lukisan yang popular gambar bunga rose dan binatang jadi pilihan utama.sampaikan ada seorang banduan ni di panggil cobra sebab ada tatoo kepala ular yang sangat besar kat dada dia. Bahagian badan  yang menjadi pilihan pula biasanya lengan dan dada .Tak tahulah kalau mak bapak diaorang tengok benda macam ni.Sebab semua dah besar-besar belaka dosa tanggungan masing-masing.



Aku hairan juga macammana dengan segala kekurangan kat dalam penjara tapi masih berjaya buat tatoo.siap ada warna lagi.dan kalau di lihat kerja tangan mereka memang sangat berseni.Satu hakikat yang perlu di terima mereka sangat kreatif.hanya menggunakan jarum atau besi yang diasah menjadi tajam.benang boleh ambik kat baju atau blanket(selimut)lilit benang kat mata jarum yang tajam tu.dakwat pen atau kertas yang dibakar untuk mendapatkan dakwat hitam.dah boleh buat tatoo.Lukis gambar apa yang suka cucuk lah mata jarum ikut lukisan tu.sambil celup dakwat.

Aku bukan nak bagi tutorial buat tatoo tapi inilah caranya kalau dah banggang sangat nak lukis kat badan sendiri.Budak-budak melayu ni pun lukis lah kat badan masing-masing sambil tayang kat kawan-kawan dengan bangganya.kaum cina ,india aku tak kisah sangat diaorang ada yang buat kat kedai masa sebelum masuk penjara lagi.Yang aku kisah kan budak melayu benda ni meresap kat dalam kulit macammana nak ambil wuduk  nak mandi wajib takkan selamanya nak buat jahat je .

Kesimpulannya Islam melaknat orang yang mentatoo dibadannya. Perbuatan itu adalah dari amalan orang yang bukan Islam. Bagi mereka yang telah terlanjur melakukannya perbuatan tatoo pula, banyak-banyaklah memohon ampun kepada Allah. Perlu diingat taubat tidak cukup hanya dengan sekali dua tetapi buatlah selalu sepanjang hayat sebab kita tidak tahu sama ada taubat kita itu diterima atau tidak.









Monday, February 22, 2010

TAYAM UNTUK APA?

Ape itu "TAYAM" ade sape2 ade experience....

Benda nie biasanya dibuat/dilakukan oleh orang yang pernah kena penjara senang cakap sangat popular di penjara ... mereka akan masukkan sejenis benda berbentuk bulat bersaiz telur cicak atau kacang tanah yang diperbuat daripada plastik di bawah lapisan kulit di zakar mereka... 

saiz tayam biasanya kecil sedikit dari saiz kacang tanah

ada juga yang masukkan besi 'bearing'... tetapi benda ni effect kepada kesihatan kerana besi akan berkarat bila dah lama sangat dok kat dalam lapisan kulit ni....

kebiasaanya,kaca ,plastik batang berus gigi yang dibentuk menjadi bulat/lonjong akan digunakan kesannya... zakar akan berbonjol2 dan tujuan utamanya untuk memberi kenikmatan seks  pada wanita...

Pengalaman aku pernah tengok 24 biji tayam di tanam dalam kemaluan seorang banduan berbangsa cina.bila di tanya apa kelebihannya dia pun tak jawab cuma senyum je.ada juga aku buat servey tentang tayam ni kat banduan dan hampir kebanyakkan banduan mempunyai sekurang2 nya sebiji tayam.termasuklah banduan melayu.bila di tanya proses memasukkan bearing atau tayam ni sebenarnya mereka mengambil risiko yang sangat tinggi.tanpa menggunakan antiseptic atau pembunuh kuman lapisan kulit pada zakar akan di belah sedikit bagi memasukkan tayam ini.lapisan kulit ini akan dibiarkan bercantum sendiri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu ada kes tayam yang di buat telah dijangkiti kuman dan menyebabkan zakar menjadi kudis dan tayam terpaksa dikeluarkan semula.

Bagi mereka apalah yang nak dirisaukan hanya sebiji bebola plastik atau kaca yang ditanam dalam zakar untuk memuaskan pasangan mereka.Walaupun ramai juga yang  berstatus bujang.so faham faham je lah mesti buat projek haram.atau panjat rumah ayam.Dari segi hukum dah tentu haram kerana mengubah kejadian tuhan.

 kekadang geram juga aku tengok benda-benda macam ni sampai tersasul panggil taik ayam..TAYAM  kalau di terbalikan jadi MAYAT.Info ini bukan untuk diikut tapi sekadar maklumat untuk anda.

Saturday, February 20, 2010

BUAT DUIT DENGAN PAYPAL

Aku jumpa program ni dari member-member fb juga.aku try lah check website yang diberikan tu.setelah baca dan faham apa yang nak kena buat aku tengok program ni menarik juga.Join pun free jer dan setiap kali ada pendaftaran melalui link anda ,anda akan di bayar $10.Program ni menggunakan sistem affiliate.untuk mendaftar klik sini dan anda  akan nampak page macam ni.
                 

Isi maklumat yang diperlukan dan klik sign up.
 
Bila  dah siap buka email anda dan tengok id dan password yang diberikan simpan baik-baik.jangan bagi hilang.aku biasanya tulis dalam diari password2 penting ni.

Pergi ke website ni www.needearn.com 

klik pada butang login dan masukkan id dan password yang diberikan melalui email tadi.anda akan nampak page macam ni.


lihat pada general affiliate link itu adalah link yang perlu anda promosikan kepada kawan2 anda.disitu juga ada diterangkan apa yang perlu anda buat .baca pada ruangan what to do first.Jika anda skrol ke bawah lagi anda akan melihat ruangan ini.

Dari sini kita boleh check traffic yang datang.berapa klik yang kita terima dan komisyen.Semua komisyen akan dibayar melalui paypal..jadi kena ada satu akaun paypal.klik untuk daftar paypal. dan pastikan akaun itu di verify dulu ye.komisyen yang diterima akan di bayar melalui paypal bila dah mencapai $200 (di bayar dalam $dollar).Memang tak payah keluar modal pun.cuma promosikan link yang diberikan kat  kawan-kawan.apa lagi jom daftar.klik sini 


$10 convert duit malaysia lebih kurang RM35