- Nak jumpa mak bapa cium tangan kalau tak hari raya jangan harap la nak balik kg.
- Nak jumpa kawan-kawan lama.masa ni baru boleh nak berkumpul ramai-ramai.(kutuk-mengutuk).
- Yang bujang nak jumpa awek/balak lama maklumlah dah lama duduk di perantauan.
- Nak tayang kereta/motorsikal baru kat orang kg,tambahan pulak kalau apakai kereta BMW 3 series,mesti orang kg tanya anak sipolan tu kerja apa ye.
- Bagi bebudak pula masa ni lah nak mandi sungai(berkubang)main kat sawah,nak kenal pokok beras(ada ke pokok beras tapi itu lah realiti budak zaman sekarang).
- Mengembalikan memori zaman kita kecil-kecil dulu
Thursday, April 23, 2009
Balik Kampung
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 5:38 PM 0 comments
Wednesday, April 22, 2009
samestrongvillage(kg sama gagah)
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 12:46 AM 1 comments
Sunday, April 19, 2009
Kerja n exam
Baru balik kerja badan letih last minit kena kerja luar so aku pun cuci mata la kat hospital.kat Taiping dah 3 hari tak hujan cuaca yang melampau panas buatkan aku mandi 4 kali sehari.Aku masih dalam proses nak settingkan blog ni masih 20peratus je siap banyak lagi kena belajar tentang setting Rujukan utama aku jomphp.com thank to bro eins n cyberfly banyak tolong aku n bagi guide line nak setting blog ni.Banyyak artikel aku nak masukkan tapi masih belum di uploadkan pasal setting aku asyik tukar je.Nanti dah dapat interface yang menarik baru aku nak masukkan semua Artikel yang dah aku draffkan.24 April-26 April bebudak pjj UPM sibuk la ulangkaji pelajaran pasal final exam.aku pon tak terkecuali.23 April aku exam PTK(penilaian tahap kecekapan)jadi minggu ni aku kena tinggal jap aktiviti berblogger aku ni.Minggu depan aku akan cuba siapkan setting untuk blog ni.maklumlah budak baru lagi kena la amik masa yang lama sikit.
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 4:57 PM 5 comments
Tuesday, April 14, 2009
kilat
Baru dapat pengajaran berguna.Walaupun modem aku dah biasa kena kilat tapi semalam masa aku tengah online baik punya cilok.hujan pun tak la selebat mana tiba-tiba je ada percikan api kat belakang pc aku. Apa lagi melompat la aku ingatkan habis dah motherboard aku kena tembak.cek punya cek dia tembak network card je.puhh ....nasib baik la...aku pon tengah kering gak keluarkan modal beli network card baru pastu aku pon call la telekom cakap aku ada masalah dengan modem.Selepas melalui proses temuramah yang panjang dari jam 9 am sampai jam 12 pm baru kerja-kerja report kerosakan selesai.jam 2.30pm technician telekom datang dan godek la aku punya modem sah dah out kalau ikut law memang takde gerenti kena kilat tapi atas budi bicara dia bagi la satu modem kat aku."ni last tau kalau kena kilat lagi pi beli kat kedai'.aku sengih je.tapi respect gak la kat telekom bahagian khidmat pelanggan cepat je datang kalau ada laporan kerosakkan.hasilnya jam 3.00pm aku dah boleh serve tenet macam biasa.hari ni jadual aku padat sebenarnya takde masa sangat nak duduk depan pc lama-lama.jam 5.00pm aku keluar bereskan kerja aku yang tertangguh.
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 4:20 PM 0 comments
Wednesday, April 8, 2009
Pilihanraya Bukit Gantang
AZD yang memang berasal dari daerah taiping .Jadi bahang pilihanraya pun terasa la jugak...di tambah dengan bantuan dari seorang teman yang bekerja dengan media.so kami pun buat la sedikit liputan dari hari pertama penamaan calon sehingga ke hari pilihanraya yang menyaksikan PAS menumbangkan BN dengan majoriti 2,789 AZD bukan la nak sokong mana-mana parti pun tetapi penggundi di bukit gantang dan buat pilihan mereka sendiri jadi kena terima la.
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 1:57 PM 3 comments
Friday, April 3, 2009
the begginer
Selamat pagi(post pertama ni di tulis pada jam 1:48am)baru dalam aktiviti blog ni dan perkara yang menyebabkan aku tiba-tiba teringin nak tulis blog ni pasal slalu baca blog orang lain je.dan aku merasakan aku pun ada jugak pandangan peribadi yang nak di kongsikan bersama-sama teman seperjuangan.Walaupun pendapat aku tak la sebernas pendapat orang lain tapi rasanya masih boleh dijadikan bahan dan topic perbincangan antara blogger ni.Sebagai orang baru rasanya banyak lagi aku kena belajar dari otai-otai dalam dunia blogger ni.Kepada otai blogger di luar sana harap dapat beri petua dan panduan macammana nak menggunakan blog free ni ke tahap yang optimum.....masih blajar camne nak setting.tu pasal time tak sama ngan jam yg aku dah set.masalah tu dah selesai.Ada masalah lain pulak.Macammana nak justify bagi cantik.Aku dah try tapi takbleh juga nak seting dier.
post by deeiwhy( D.I.Y ) at 11:18 PM 3 comments