Wednesday, April 22, 2009

samestrongvillage(kg sama gagah)

Masa memula nak buat domain website ni aku nak guna nama kgsamagagah.blogspot.com,fikir-punya fikir aku rasa dengan mengenglishkan nama website ni nampak lebih world(bak kata mawi)Kg sama gagah adalah tempat aku dilahirkan dan di sinilah aku membesar .Tak punya ramai adik beradik cuma aku ngan abang aku je.Aku la yang selalu kena buli akukan adik.Kehidupan aku pun tak dikelilinggi oleh ramai orang sangat kat lorong rumah aku cuma ada 4 orang je sepupu yang sebaya dengan aku Ati,Noni,Ala dan Bob.Nak kata akrab tak juga tapi kehidupan aku sentiasa dikelilinggi oleh 4 orang ni je.Sampai la aku sekolah menenggah baru la aku ada ramai kawan.
Ok balik ke tajuk asal kg aku ni terletak dalam daerah kerian.Kalau ikut highway susur keluar kamunting lebih kurang 15 minit dah sampai ke kg aku.Dari Bagan Serai lebih kurang30 minit.dari taiping pun lebih kurang 30 minit.
Nak kata kg aku terhindar dari pembanggunan tak juga Jalan pun dah diturap dengan tar,Tak macam zaman guna jalan tanah merah, kalau musim hujan alamat melekat la tanah merah kat tayar motor @ basikal.Kereta ni jarang-jarang la masuk.Sampai berbuih penduduk kg mintak jalan tar......tahun 2007 baru dapat.Walaupun lambat tapi kira yb kat situ prihatin la juga tentang masalah penduduk kat situ.Dengan terbinanya jalan tar barulah banyak aktiviti lebih mudah dilakukan.terutamanya dalam musin hujan.Selain dari tu yang aku nampak cuma ada sebuah masjid baru yang dibina mengantikan masjid lama yang dah uzur sangat.Sekolah dah lama dah ada.nama sekolah tu Sek Ren Keb Sama Gagah.Walaupun sekolah kg je. tapi kat sinilah bebudak kg ni mula-mula dapat pendidikan.dan dah ramai yang berjaya.
Kg sama gagah ni aktiviti utamanya pertanian.Majoriti penduduk tanam padi.aku pun sempat lah juga merasakan keseronokkan aktiviti secara bergotong-royong ni.Terutamanya berderau,(aktiviti menanam padi secara beramai-ramai.)mengerat(padi dikerat menggunakan pisau khas.)memukul.(pukul padi masukkan kedalam tong.) tapi bebudak zaman selepas aku langsung dah tak sempat nak rasa dan tengok semua ni.Cuma cerita dari orang tua je.itupun kalau nak dengar.Segala aktiviti dah digantikan dengan mesin lebih memudahkan dan cepat.Masalahnya dah tak ramai bebudak muda yang nak teruskan aktiviti penanaman padi ni.mereka lebih senang kerja di kilang-kilang walaupun gaji yang diperolehi tak la sebesar manapun.