Baru dapat pengajaran berguna.Walaupun modem aku dah biasa kena kilat tapi semalam masa aku tengah online baik punya cilok.hujan pun tak la selebat mana tiba-tiba je ada percikan api kat belakang pc aku. Apa lagi melompat la aku ingatkan habis dah motherboard aku kena tembak.cek punya cek dia tembak network card je.puhh ....nasib baik la...aku pon tengah kering gak keluarkan modal beli network card baru pastu aku pon call la telekom cakap aku ada masalah dengan modem.Selepas melalui proses temuramah yang panjang dari jam 9 am sampai jam 12 pm baru kerja-kerja report kerosakan selesai.jam 2.30pm technician telekom datang dan godek la aku punya modem sah dah out kalau ikut law memang takde gerenti kena kilat tapi atas budi bicara dia bagi la satu modem kat aku."ni last tau kalau kena kilat lagi pi beli kat kedai'.aku sengih je.tapi respect gak la kat telekom bahagian khidmat pelanggan cepat je datang kalau ada laporan kerosakkan.hasilnya jam 3.00pm aku dah boleh serve tenet macam biasa.hari ni jadual aku padat sebenarnya takde masa sangat nak duduk depan pc lama-lama.jam 5.00pm aku keluar bereskan kerja aku yang tertangguh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment